13 Mei 2008

Issue #1 : Ghost Rider

Ghost Rider? Siapa yang tidak kenal akan ghost rider. Mengisahkan mengenai seorang pemuda Young Johnny Blaze lakonan Matt Long (slang melayu maklong) penunggang motosikal aksi lasak yang ingin menyembuhkan penyakit ayahnya. Melalui perjanjian syaitan penyakit ayahnya dapat disembuhkan, tapi diganti dengan jiwa Y.J Blaze dan menjadi ghost rider.
Ini lah sedikit sipnosis dari cerita ghost rider.Sebenarnya aku bukan nak bincang filem tersebut, tapi mengenai Kancil jelmaan ghost rider dari STN EXTREME. Perodua kancil (tahun aku pun taktau, nanti aku tanye owner) telah dinaiktaraf menggunakan barangan dari Daihatsu Mira. Bodykit luaran telah diubah kepada Mira L502, bonet skup besar, lampu kaca, side skirt L502. Belakang pula dipadankan dengan bonet L200s dan bumper l502.Bahagian dalaman telah diganti dashboard L5, seat L5, doortrim L2. Ghost rider ini bergerak dengan nadi L5 berkod EF-RL. Telah ditambah kuasa turbo dari Eterna, oil cash tank dan telah di port n polish. dengan kelajuan yang ditambah baik, sistem brek tidak dilupakan. Brek depan menggunakan sistem dari L5 disk bersaiz 13' dual layer dan belakang juga dari L5.

8 Mei 2008

Konvoi Hari Armada TLDM & Gegar RTM di Lumut

Pada 27 April 2008 yang lepas, stn extreme dan beberapa buah kelab berkereta yg lain telah berkonvoi ke acara Hari Armada TLDM & Gegar RTM. Tujuan sebenar ke acara tersebut adalah bagi menyertai pertandingan autoshow anjuran KW & PROTON. Sebanyak hampir 60 buah kereta dari 5 kelab telah menyertai konvoi pada hari tersebut. Kat bawah ni di sertakan gambar untuk kenangan. Diari perjalanan akan di update kemudian.


6 Mei 2008

Salam Kenalan

STN Adjuster Resources telah di tubuhkan pada awal ogos 2007. STN adalah singkatan bagi 'Speciallist Turbo Needs'. Bermula dan bertapak dengan beberapa orang ahli yang terdiri dari rakan-rakan terdekat, STN kini mempunyai lebih dari 35 orang ahli yang bergiat aktif di kawasan Klang, Port Klang dan Shah Alam, Selangor.

Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk memupuk semangat setiakawan dikalangan ahli, saling membantu di samping bertukar pendapat tentang isu semasa mahupun tentang modifikasi kenderaan mereka.

Sehingga kini, STN telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya , menyertai konvoi bersama kelab-kelab lain ke puchong anjuran Pemuda UMNO, konvoi dan hari keluarga STN ke Port Dickson dan Genting Highland. Pihak STN juga menggalakkan dan memberi peluang kepada ahli yang ingin menyertai autoshow. Selain aktiviti berkereta, ahli-ahli STN juga aktif mengadakan perlawanan futsal dan bowling di kalangan ahli-ahlinya.

STN tidak hanya terbuka penyertaannya kepada pemilik kenderaan Perodua Kancil sahaja, samada yang telah di ubahsuai mahupun standard, penyertaan dari kenderaan jenis lain juga di buka dan di alu-alukan. Mereka sering berkumpul di Seksyen 14, Shah Alam setiap malam Sabtu. Yuran bulanan sebanyak RM10 dikenakan untuk ahli-ahli yang berdaftar. Sticker depan dan belakang serta t-shirt kelab akan di berikan pada setiap ahli yang mendaftar.

Bagi mereka yang berminat menyertai kelab ini, sila hubungi wakil kelab STN, En Azhar (Setan) 016-2215031 dan En Faizal (Belacak) 012-3006220 atau email untuk sebarang pertanyaan dan matlumat lanjut ke stnextreme@yahoo.com.